Wednesday 21 January 2015

Mika & Side Mirror......

Mika oh Mika.....

1st time Mika duduk dalam sport car dia without anyone beside him.
Apa lagi macam-macam dia belek. Tertonggeng sana sini, entah apa dia cari.... hehehe.

At last, dia ternampak side mirror. Bukan tak pernah tengok mirror sebelum ni, pernah... cuma dari jauh je la.

Jom kita tengok gelagat Mika tenung side mirror..... hahahaha kelakar bila diingatkan balik. Dah macam nak masuk ke dalam tu je.

































Lots of luv,

LH

Sepetang Di Pantai Jeram.....















Last week dah plan awal-awal dengan husband nak bawa anak-anak makan kat Pantai Jeram on Saturday. Actually dah lama tak datang sini. Last ke sini rasanya tahun 2011. Dulu selalu jugak datang sebab rasa berbaloi dengan keenakan masakan seafood dan harganya….. tapi bila dah ada baby, niat nak datang makan tu terbantut sekejap…. Bukan apa takut baby tak selesa…. Bila baby dah nak masuk setahun ni mama dah panjang langkah sikit.... hehehe.

Dari Putra Heights ke Pantai Jeram lebih kurang 40 ke 45 minit (ikut Setia Alam)….. Anak-anak dah excited nak makan seafood. We all keluar rumah dalam pukul 4.15pm, singgah solat Asar dekat masjid sebelum simpang nak masuk ke Restoran Ikan Bakar Pantai Jeram.

Ngam-ngam sampai sana orang dah start beratur nak pilih makanan mentah. Lepas booked tempat duduk, saya dan husband jengah kaunter nak pilih lauk basah dan order makanan…

Kami pilih ikan kerapu, ikan merah, sotong, udang dan lala. Kali ni tak ambil ketam sebab mama rasa malas nak tolong kopekkan (selsema la kata kan, tak selesa).

Menu masakan semua husband yang pilih….

Ikan Kerapu Goreng Halia





















Ikan Merah 3 Rasa

















Sotong Goreng Tepung















Udang Goreng Bawang



















Lala Masak Cili















Emmmmmmm sedap kan….. he he he. Memang sedap dan berbaloi-baloi….

Nak tau harga berapa… cuba tengok resit kat bawah ni…..



















Boleh la bawak family datang sini ye….

Nah saya share contact no sekali  03-32646102.
 
Lots of luv,
LH
 

Wednesday 10 December 2014

Review : Dia... Random Guy


REVIEW NOVEL

Writer : Farah Husain

Penerbit : Idea Kreatif

Tajuk : Dia… Random Guy (DRG)
















Rating : 10/10
 
Sharing is caring session J

Salah satu cerita yang saya follow since dalam blog sampai lah keluar novelnya. Dari seorang penulis yang sangat-sangat sempoi dengan ceritanya yang jugak sempoi. Tapi tak tau kenapa cukup melekat dihati saya. Thumbs up Farah Husain!

Mungkin jugak saya seorang yang suka pada hubungan kekeluargaan, persahabatan dan percintaan (lupa sekejap dah ada husband hahahaha)…. sebab tu agaknya DRG dah jadi salah satu novel favorite saya. Dah banyak kali baca tau.

Zariel Amzar @ Amz….. kata Si Alin lelaki ni “Heartless man”, “Si Kejung”….. Tapi yang pasti “Dia…Kami Punya Sexy Goatee”. Take note Farah. Seorang lelaki bekerjaya, cinta pada dia mungkin ditangga yang terakhir. Tapi siapa sangkakan akhirnya Amz tewas pada perasaan sendiri.

Alina Suffiya @ Alin….  Kata Si Amz, Alina ni seorang psiko, gila, impulsive and extremely annoying. Betul ke?

Gadis yang sangat-sangat kelam kabut. Kalau dia nak buat sesuatu main redah je. Tapi siapa tahu kan disebalik wajah yang sentiasa ceria dan tenang itu terselit jugak kisah yang menyayat hati. Apapun pada saya Alin seorang yang tabah walaupun adakalanya mengambil sikap menyendiri bila ada masalah.

Alin ada kata, setakat dapat lelaki macam Zariel Amzar tu kalau buat kita dapat tiket first class to hell buat apa. Macam-macam kan diaorang ni.

 Nak tau berjaya atau tidak Si Amz nak upgrade business class ticket to heaven bersama Alin kena la baca novel ni ye.

Ramai lagi watak dalam novel ni antaranya Si Darling Zafril, Wawa, Zufa, Helena dll.

Anyway….. Congrats Farah Husain untuk naskah ini and luv you J

Ikhlas dari hati,
LH