Wednesday 10 December 2014

Review : Dia... Random Guy


REVIEW NOVEL

Writer : Farah Husain

Penerbit : Idea Kreatif

Tajuk : Dia… Random Guy (DRG)
















Rating : 10/10
 
Sharing is caring session J

Salah satu cerita yang saya follow since dalam blog sampai lah keluar novelnya. Dari seorang penulis yang sangat-sangat sempoi dengan ceritanya yang jugak sempoi. Tapi tak tau kenapa cukup melekat dihati saya. Thumbs up Farah Husain!

Mungkin jugak saya seorang yang suka pada hubungan kekeluargaan, persahabatan dan percintaan (lupa sekejap dah ada husband hahahaha)…. sebab tu agaknya DRG dah jadi salah satu novel favorite saya. Dah banyak kali baca tau.

Zariel Amzar @ Amz….. kata Si Alin lelaki ni “Heartless man”, “Si Kejung”….. Tapi yang pasti “Dia…Kami Punya Sexy Goatee”. Take note Farah. Seorang lelaki bekerjaya, cinta pada dia mungkin ditangga yang terakhir. Tapi siapa sangkakan akhirnya Amz tewas pada perasaan sendiri.

Alina Suffiya @ Alin….  Kata Si Amz, Alina ni seorang psiko, gila, impulsive and extremely annoying. Betul ke?

Gadis yang sangat-sangat kelam kabut. Kalau dia nak buat sesuatu main redah je. Tapi siapa tahu kan disebalik wajah yang sentiasa ceria dan tenang itu terselit jugak kisah yang menyayat hati. Apapun pada saya Alin seorang yang tabah walaupun adakalanya mengambil sikap menyendiri bila ada masalah.

Alin ada kata, setakat dapat lelaki macam Zariel Amzar tu kalau buat kita dapat tiket first class to hell buat apa. Macam-macam kan diaorang ni.

 Nak tau berjaya atau tidak Si Amz nak upgrade business class ticket to heaven bersama Alin kena la baca novel ni ye.

Ramai lagi watak dalam novel ni antaranya Si Darling Zafril, Wawa, Zufa, Helena dll.

Anyway….. Congrats Farah Husain untuk naskah ini and luv you J

Ikhlas dari hati,
LH

Monday 8 December 2014

Review : Awak Suka Saya Tak


REVIEW NOVEL

Writer : Melur Jelita

Penerbit : Karyaseni

Tajuk : Awak Suka Saya Tak (ASST)

 











Rating : 10/10


Sharing is caring session J

1st novel dari Melur Jelita. Novel yang saya baca lebih 10 kali rasanya since 2012….. setiap kali baca keterujaan itu pasti ada. Besar jugak penangan si mualaf ni ye hehehe….

Watak utama Muhamad Hilman Yong a.k.a Damien Yong dan Puteri Intan Zulaikha.

Pergorbanan dan perjuangan Hilman dalam mempertahankan ajaran Islam. Sebagai seorang muslim saya tersentuh dengan peribadi beliau. Bersabar dalam mendidik dan membentuk hati seorang Intan Zulaikha. Bukan senang untuk memiliki gadis ini. Gadis yang sentiasa dikawal dan dijaga rapi. Walaupun mereka dari golongan berada tapi keperibadian masing-masing jelas terpelihara.

Mereka sangat berbeza, tapi perbezaan itulah yang mendekatkan mereka. Bertahun menunggu untuk bersatu….. mereka memilih untuk setia. Dan SABAR itu kunci segala-galanya.

Semestinya happy ending……  Congrats and thanks to Kak Melur Jelita, you did a good job for ASST J















Ikhlas dari hati,
LH

Untuk Rasa Itu.........


Syukur alhamdullilah masih diberi nafas dibumi ini…..

Apa pun yang dilalui saat ini, hidup mesti diteruskan. Kita masih punya tanggungjawab dan amanah yang perlu dilaksanakan. Kita masih ada orang tersayang untuk terus dicurahkan kasih sayang.

Menyingkap kembali apa yang terjadi setahun yang lalu…. Hati masih ragu. Jika aku harus melalui saat itu lagi kuatkah aku?

Pengalaman yang meninggalkan banyak rasa dalam diri….

Saat yang aku rasa hampir ditinggal pergi oleh seseorang yang sangat aku bergantung harap.

Saat yang aku rasa dikelilingi insan-insan tersayang yang tak jemu-jemu memberikan kata semangat.

Saat yang aku rasa aku perlu berdiri diatas kaki sendiri.

Saat yang aku rasa ada yang menjauhkan diri.

Semua bercampur, terkadang menyebabkan hati jauh tersasar. Sampai lupa pada percaturan Ilahi.

Dalam apa pun situasi kita….. selalulah BERSANGKA BAIK….

Ini ujian Allah SWT untuk aku. Setiap yang berlaku pasti punya sebab musababnya tersendiri. Dia menguji pada yang mampu menerima ujiannya. Pasti ada hikmah disebalik apa yang terjadi.

Terima kasih buat bonda dan ayahanda yang sentiasa ada saat aku sangat-sangat memerlukan mereka. Terlalu besar pengorbanan mereka. Tak akan terbalas budi mereka. Kasih sayang ku untuk mereka selamanya.

Terima kasih buat anak-anak yang sentiasa berdamping dengan mama saat susah dan senang. Kalianlah suntikan padu untuk mama. My heart and soul. Mama love you always.

Terima kasih buat adik-adik yang sering memberikan kata-kata semangat dan pertolongan. Kasih dan sayang ini akan ku bawa hingga ke akhir nafasku.

Terima kasih buat saudara mara dan sahabat yang tidak pernah lupa untuk menghulurkan doa dan peransang. Aku saat-saat menghargainya.

Terima kasih Ya Allah atas ujian Mu ini. Yang pasti, apa yang ku rasa kini banyak hikmahnya yang mungkin orang lain tidak nampak dan merasainya.

SESUNGGUHNYA PERANCANGAN MU ADALAH YANG TERBAIK.
Buat suami tersayang..... selagi ada aku disini..... selagi itulah aku akan sentiasa ada disisimu sebelum dijemput Ilahi. Dan untuk rasa itu kita harus REDHA dengan apa yang terjadi. Itu yang sering kali kau titipkan pada ku. Moga terus menjadi imam dan pemimpin buat aku dan permata hati kita..... in sha allah.
Lots of luv,
LH
 

Sunday 7 December 2014

First time....

As salam...... selalu sangat terjah blog orang..... cari resipi, cari novel online dan mcm2 la..... dah usia camni teringin pulak nak berblog.... not too late right. Hahaha...

Sharing is caring..... caring is loving.....

Moga hidup kita sentiasa dirahmati dan diberkati Allah SWT..... amin.

Lots of luv,
LH